Gastronomi di Penang
Assalammualaikum and hello guys!
Korang tau tak gastronomi tu apa? Gastronomi adalah istilah bagi sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu ataupun kumpulan yang melancong dengan tujuan ingin menikmati keunikan makanan yang ada di sesuatu tempat tu. Interesting kan? So untuk menjadi ahli gastronomi yang berjaya, tak perlu pergi jauh pun. Cukup la korang pergi Penang. Sebab apa? Sebab Penang adalah syurga makanan.
Banyak cara untuk korang sampai Penang ni. Nak naik kereta ke, bas ke, motor ke, grab ke, flight ke. Ikut korang la mana-mana pun. Tapi kalau dari tempat korang jauh, apa salahnya kalau naik flight kan? So aku prefer book flight dengan harga-harga yang murah melalui Traveloka.
Good news bagi korang yang datang dari Singapore, korang boleh book Singapore Airlines flights kat Traveloka. Bagi yang memang dari Malaysia pun tak salah nak cuba check sebab banyak tiket tambang murah bagi penerbangan domestik sekarang ni.
Kalau taknak Singapore Airline, korang boleh try search book flights from Kuala Lumpur to Penang Keluar la beberapa result bagi airline-airline yang berkaitan.
As we know Penang memang syurga makanan. Kalau pergi Penang tak pergi tempat-tempat yang aku listkan ni memang rugi tau. So nak tau apa tempat makan-makan apa yang menarik kat Penang, let’s check it out!
Deen’s Maju Nasi Kandar
Deen Maju Nasi Kandar merupakan antara restoran nasi kandar yang top kat Penang. Bau ayam goreng dia fuhhh meleleh air liur beb. Confirm tak dapat nak tolak. Menu special restoran nasi kandar ni sememangnya ayam goreng. Sebab apa? sebab sebelum ayam digoreng, ianya dah digaul bersama rempah-rempah rahsia dan diperap beberapa jam sebelum di goreng. Nak tambah lauk-lauk lain, ada juga kari kepala ikan, kari sotong, kari ayam, kambing dan banyak lagi la. Operation hour kedai ni 24 jam. Nak makan tengah hari boleh. Malam pun boleh, pukul 2 pagi pun boleh! Hahahaha
Original Penang Kayu Nasi Kandar
Kalau korang nak makan nasi kandar tapi nak selesa sikit and boleh mingle around with family and friends bolehlah datang sini. Yelah, biasanya restoran nasi kandar kat Penang ni kan biasanya hiruk-pikuk. So, nak bawak budak kecik pun okay. Takd adalah diorang tak selesa. Sebab restoran nasi kandar ni lebih luas berbanding restoran yang lain. Lauk yang ada kat restoran ni lebih kurang sama dengan rasa yang sama umphhnya dengan restoran yang lain.
Ada ayam goreng, ayam madu, kari kepala ikan, kari ayam, kari kambing dan banyak lagi. Kalau korang nak order yang ringan-ringan macam lepak kat kedai mamak, korang boleh order roti nan, roti canai, roti bakar dan macam-macam lagi roti yang lain.
Restoran Adam Char Kuey Teow
Char Kuey Teow juga merupakan ikon bagi beberapa kawasan kat Penang ni. So korang boleh la singgah kedai char kuey teow kat sini sebagai hidangan makan malam korang. Ini antara kedai char kuey teow yang popular di sekitar Permatang Pauh. Korang perlu bersabar andai kata korang singgah kedai ni pada waktu hujung minggu. Memang ramai, tapi ingatlah. Bila ramai, itu adalah ciri-ciri kedai tu memang sedap. Tapi, korang tak perlu risau sebab ruang yang disediakan sangat mesra pengguna pada yang bawak anak kecik tu.
Nasi Campur Permai Tepian
Hidangan masakan kampung, masakan melayu, masakan tradisional adalah sinonim dengan masakan yang ada kat kedai ni. Kedai yang berkonsepkan terbuka dan luas. Lauk yang dihidangkan sangat banyak. Aku yakin korang mesti rambang mata saat nak memilih lauk sebagai hidanagan makan tengah hari korang. Kalau korang suka ulam-ulaman, banyak ulam yang kedai ni dah sediakan. Maklum la tekak melayu kan. Kedai ni terletak di Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama. Waktu operasinya pula bermula dari sarapan pagi sampai la lauk habis. Jangan lambat dan jangan datang hari Jumaat. Jumaat, dorang holiday.
Roti Canai Transfer Road
Kalau breakfast, mesti aku nak roti canai dan teh tarik. Jadi, bagi yang suka makan roti canai bolehlah datang sini. Even korang jarang makan roti canai pun kena datang sini jugak. Sebab roti canainya dilimpahi dengan kari yang pekat dan memang menepati citarasa korang bagi penggemar roti canai. Selain tu, korang boleh juga try roti bakar telur goyang. Menu yang simple, tapi disebabkan kelazatan dia, kedai ni always penuh dari pagi sampai tengah hari. Waktu operasinya bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Datang la awal kalau korang takut tak dapat seat.
Cucur Udang Chowrosta
Makanan ringan yang sangat sesuai untuk korang nak buat snek alas perut masa jalan-jalan. Gerai cucur udang ini terletak di Lebuh Tamil. Apa yang best kat sini ialah cucur udang yang rangup dan taufu yang lembut. Di tambah pula dengan kuah kacang yang enak, lagi menyerlahkan hidangan cucur udang tersebut. Selain itu, korang boleh cuba minuman special yang ada kat gerai ni iaitu air sirap yang dicampur dengan biji selasih dan kelapa. Macam mana tu? Haa. Nak tau kena la datang sini!
Berakhir lah sudah lokasi-loaksi yang korang boleh terjah sepanjang bercuti kat Penang. Kalau korang bercuti sampai 4 ke 5 hari, korang perlukan lebih banyak senarai kedai untuk korang terjah. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat makan yang best kat Penang ni. Tapi ini antara yang top. Bagi yang merancang nak pergi tempat yang aku senaraikan ni, ingatlah, jangan sampai berat badan naik. Hahahahha.
Bye guys!
Toodles.
haven't been in penang for years. wow oh wow
ReplyDeletelapar pulak tgk makann
hahahha best kan Penang. Nak pergi Penang lagi
Delete