Best Place at Putrajaya - District 21







District 21 Kuala Lumpur adalah sebuah taman tema pengembaraan yang terletak di dalam IOI City
Mall Putrajaya.

Yang bestnya District 21 ni sesuai untuk semua peringkat umur, sebab semua boleh menikmati
pelbagai kursus halangan yang mencabar mengikut kemampuan masing-masing.

District 21 ini tempat korang memerah keringat dan tempat yang korang boleh menjerit sekuat hati
tanpa perlu fikir pasal orang lain sebab anda akan berjalan atas tali di siling tempat ini sampailah
anda anda mengucap berkali-kali.

Kalau anda nak usha dulu pasal tempat ni, anda boleh la klik link ni




Harga tiketnya tidak murah.

Tapi kalau anda sudah bosan pusing-pusing kat area Putrajaya ni, ada banyak aktiviti yang boleh
korang buat kat sini.

Korang nak rasakan pengalaman seperti spiderman memanjat bangunan?

Ada dinding memanjat di sini untuk anda rasakan seronoknya memanjat seperti aktiviti lasak
rock climber.

Ok next is Roller Glider, yang ini korang patut cuba sebab sukar dicari kat Malaysia ni.

Anda disangkut dilaluan seperti landasan keretapi yang disangkut di siling bangunan.
Dan whoooosh!

Glider ini akan bawa anda dengan laju. Mesti terjerit dengan kuat punya! Selain 2 aktiviti ini ada lagi
aktiviti-aktiviti lain yang boleh anda buat.

Contohnya melompat dan melantun di gelanggang span dan masuk keluar ke perangkap besi.

Tempat ini sesuai untuk yang besar dan kecil. Kalau anda takut tempat tinggi, mungkin kurang sesuai.
Tapi anda masih boleh masuk ke sini kalau cuma mahu melihat.

Tapi masih kena bayar ya.

Merangkumi lebih daripada 6,500 meter persegi, taman tema dalaman ini mempunyai ciri-ciri pasca
apokaliptik dengan banyak rasuk logam, dinding keluli dan grafiti berwarna-warni, serta tali, rantai dan
platform yang digantung.

First sekali, korang akan mula melalui ruang decontamination dua langkah untuk buang segala
kotoran, mereka akan sediakan sarung tangan pelindung dan kaus kaki tanpa slip
(sebab kasut tidak dibenarkan untuk permainan tertentu) sementara kakitangan lain pula
akan menerangkan tentang peraturan taman tema dan langkah keselamatan.

Dilengkapi dengan dinding pendakian yang diterangi lampu LED, slaid berkelajuan tinggi, trampolin
dan kursus halangan udara, District 21 Kuala Lumpur mempunyai 11 tarikan dengan pelbagai tahap
kesukaran.

Roller Glider membolehkan anda zip sepanjang gelung melengkung pada kelajuan 30km / j manakala
Sky Trail mempunyai 23 cabaran tali ketinggian tinggi untuk menguji stamina dan keseimbangan anda.

Roller Glider


Sky Trail

Sky Trail

Satu lagi tarikan popular di District 21 Kuala Lumpur adalah Maze, di mana korang akan navigate
jalan anda melalui labirin menegak terowong keluli, sangkar, platform, dan teka-teki yang mencabar
fikiran, yang sebahagiannya digantung 10 meter di atas tanah.

District 21 Kuala Lumpur juga dilengkapi dengan beberapa tunggangan mesra kanak-kanak,
termasuk kereta riang (Carousel), kursus halangan bertali (Low Ropes), dan pedal go-karts dalam trek
sepanjang 100 meter (GoPedal).

Ibu bapa tak perlu risau dengan keselamatan anak-anak mereka kerana taman tema dilengkapi dengan
lantai berlapis sementara topi keledar keselamatan, pad lutut dan siku disediakan untuk tarikan yang
lebih mencabar.

Ok bayaran masuk adalah RM 58 pada hari bekerja dan RM 76 pada hujung minggu manakala
kemasukan adalah percuma untuk pelawat dengan kerusi roda dan kanak-kanak yang tinggi di bawah
90 cm.

Kalau nak jimat, apa kata korang book tiket masuk ke District 21 ni dengan Traveloka.


Berita baik sebab korang boleh dapatkan District 21 tiket discount dengan online booking dengan traveloka.

Terletak di Putrajaya, Taman Tema District 21 ini boleh diakses dalam jarak 35-minit
memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kalau korang naik flight untuk ke Putrajaya, anda boleh pilih untuk landed di KLIA @ KLIA2.

Kemudian cara yang paling mudah untuk ke Putrajaya adalah dengan menggunakan ERL.

Di lapangan terbang, korang boleh cari kaunter Tren Ekspress ke Kuala Lumpur & KLIA (ERL).

Korang boleg bagitau kat kaunter tu nak ke Putrajaya, harga tiket RM6.20 sehala RM 9.40 sehala.

Please take note, korang kena naik tren KLIA Transit ye, untuk turun di Putrajaya.

Jangan tersilap naik train KLIA Ekspress pulak.

Toodles!

Comments

  1. Best sangat pengalaman pegi District 21 ni sebab dapat overcome my fear of heights tu hehe. Great post btw! xx

    lenne | blog

    ReplyDelete
  2. Baru tahu akan tempat nie...blh pergi lps nie...😁

    ReplyDelete

Post a Comment