Holiday at Terengganu and Kelantan

Pantai Batu Burok


Assalamualaikum and konnbawa minna san!

BTW malam tadi aku baru balik dari Kelantan dan Terengganu.Aku kat sana 4 hari.Pergi sana sambil sambil nak tengok sedara kat Terengganu dan mak aku nak beli barang kat Kelantan.Hahaha

28/5/16

Gerak dalam pukul 8.30 pagi dari JB a.k.a dari rumah atok aku.Masa otw ke Trganu,makan dulu rojaak ayam kat Kuantan.Tempat tu aku tak tau kt mana yang penting kat depan stesen minyak dan dekat dengan sungai.Sungai apa? Entah aku pun tak tanya bapak aku.lol.Rojak ayam dia sedap wei,aku makan gelojoh betul :p

Sampai kat rumah mak cik aku dalam pukul 7 malam.Sebab tak banyak singgah tempat.Perjalanan dari Johor ke Trganu ambil masa dalam 12 jam.Memang cram buntut aku.Hahaha.



Disebabkan kitaorang sampai Trganu dalam pukul 6 lebih,so kitaorang pergi BTB (akudahlupanamapenuhdiaapa).Tempat ni feymes and kat Seberang Takir,my father said,tempat ni dekat dengan kawasan airport.

Masa family aku pergi,memang tempat tu sesak gila and ramai.Aku dok perhati jer orang orang ni beli keropok keping banyak banyak.Hahaha,sampai satu kotak pun ada.Tapi family aku just makan jer,tak beli pun sebab mak aku kata tu bukan keropok yang dia nak.Eh,bukan semua keropok keping rasa dia sama je ke?-__-.Hanya mak mak kita jer tau.lol

Keropok losong dia ada berperisa tau.Bapak aku beli yang cheese,regular and blackpepper.Rasa dia not bad la.Sedap pun sedap,kenyang pun kenyang.Hahaha.Harga dengan air rm 20+ means affordable la.Sampai rumah mak cik aku dalam pukul 7 malam.

29/5/16

Pagi tu ingatkan nak bawak sedara sedara aku pi jalan jalan.Act,suami kepada mak cik aku tu,adiknya bapak aku.Tapi dah meninggal sebab kanser hati.

Please sedekahkan al-Fatihah kepada arwah pak cik aku,Jamaluddin bin Mohamad semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan kedalam syurgaNya dan dimudahkan azab siksa kubur,al-Fatihah...


Aamiin.Terima kasih kepada yang sedekahkan al-fatihah. :)


Tapi disebabkan makcik aku nak pi hospital and sedara aku ada kelas tambahan so kitaorang pi jalan jalan masa petang.Sebelum pi pantai kitaorang singgah giant dulu.Sahjew jejalan.Aku dengan sedara aku yang perempuan tu main arked,game kereta,but guess what aku kalah kepada budak darjah 6.Malu sungguh oi,rasa nak hentak kepala kat stereng.

Lepas main game kereta,pergi karaoke pulak.Hahaha,aku nyanyi tak sedap langsung.-_-


Dalam pukul 5,kitaorang gerak pi Batu Burok Beach.




 Thats my cousin,all of them are taller than me.sobsob. bilalah aku nak tinggi wei.



Syurgaku yang sudi bawak anak beranak berjalan.Love them so much <3


Cik muda punya blog.Miahahaha.acah acah model tengah shooting tepi pantai.lol
Pliss jangan kecam.


Yang ni sedar aku yang aku kalah main game kereta dengan dia.Hahaha
Kitaorang balik malam,sebelum balik ada pergi jejalan kat bandar sat.

30/5/16

Pagi pukul 8 lebih dari Trganu gerak pi Kelantan.Sampai dalam pukul 12 lebih dan nak cari hotel.First first tak dapat cari hotel tapi allhamdullilah dapat.
So kitaorang tidur dekat hotel ni.

Bapak aku sewa bilik apartment,satu malam Rm 200+
Aparmentya ada 2 bilik,2 toilet,mini kitchen and TV.Wifi kat lobi je ada.sobsob.TV dia pulak dapat siaran thailand hahaha.

Tapi kitaorang tak masuk terus sebab still ada orang lagi,so pergilah kat Pengkalan Kubor (akuejabetulketakni?)



Kat sini yang murahnya pinggan mangkuk dan coklat.Since kawasan bebas cukai so harganya memang murahlah.
Mak aku pening tengok banyak mangkuk yang murah dan cecantik.Kalau pi sini tak yah beli baju sebab harga dia mahal.Nak beli kat Wakaf Che Yeh.
Tugas lelaki kt sini hanyalah tukang angkut barang dan kena bersabar.Miaahahaha.




Pantai Sri Tujuh.Tempat cantik tapi sayangnya banyak sampah. Sedih aku tengok.


Malamnya terus pi Wakaf Che Yeh nak beli baju.Since hotel aku dekat dengan tempat tu,so kitaorang jalan kaki ja.Rambang mata aku tengok,semua nak beli.


Sebelum memulakan aktiviti shooping,perut haruslah diisi dulu supaya ada tenaga nak tawar menawar,lol

31/5/16

Pagi pagi terus breakfast kat hotel dan bersiap untuk check out hotel.



Kena gerak pepagi sebab susah nak cari parking kat Pasar Besar Siti Khadijah.Kat sini banyak kain pasang yang cecntik dan harga murah gila.Sriyes aku cakap.



Hrga asikrim ni rm3 dan puas makan.Boleh beli kat sebelah surau dan tepi dia ada parkson.


Nak balik Trganu tetiba nampak qu puteh qu puteh barulah putih.lolJakun jap nampak Dr Vida.

1/6/16

Malam tu tidur kat rumah mak cik aku Trganuu dan terus balik esok pagi.
Sampai rumah dalam pukul 9 malam.

Ok gaisss
chiaooouu



Comments