6 Tips Mudah Untuk Kurus





Kurus dan perempuan memang tak boleh dipisahkan lagi.Macam biasalah orang perempuan ni suka nak body sentiasa kurus dah lawa.Kalau kau tanya aku,aku pun nak sentiasa kurus jugak,kalau boleh tak nak ada langsung lemak-lemak yang hinggap kat badan aku ni.Ehehehe.

Tapi tak apa,kalau anda dah maintain kurus tapi nak lifestyle yang lebih healthy anda boleh ikut tips-tips kurus ini ya.
  • Breakfast breakfast and breakfast
Orang fikir breakfast ni tak penting.SALAH!Breakfast ni penting tau untuk bagi kita tenaga selepas bangun tidur.Masa kita tidur kita mana ada makan apa-apa kan.So bila bangun pagi kita kena refill tenaga untuk sepanjang hari.Kalau tak breakfast kemungkinan belum sampai tengahhari kita dah letih dan mengantuk.
  • Makan secara kerap.
Ya,walaupun aku cakap makan secara kerap,ini tidak bermakna anda perlu makan nasi sebanyak 3 senduk dalam masa 5 kali sehari.Kalau kau orang buat macam tu,maksudnya engko sedang menampah masalah tau? Maksud aku makan secara kerap dalam kuantiti yang sedikit ye.
  • Kurangkan nasi lebihkan sayuran dan buah-buahan
Makan nasi berlebihan tidak elok ya.Lagi-lagi jika anda bukanlah seorang yang aktif.Jadi apa yang aku buat?Aku makan nasi pakai mangkuk.Mangkuk kan kecik,so tak boleh sumbat nasi banyak-banyak dan lebihkan lauk
  • Minum air banyak-banyak
Minum air banyak-banyak jangan sampai mudaratkan diri.Kalau kita kurang air dalam badan,macam mana nak kurus?Dengan minum air yang banyak kita boleh kurangkan makan tau.Also dapat juga buang toksik dan elakkan sembelit which is a big no no.
  • Bersenam/Melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh
Kalau bersenam ni bagi aku cukuplah setakat jalan-jalan keliling rumah ke.Tak perlu ke gym.Senam dalam rumah pun dah cukup.Sekarang ni bukak je youtube,banyak je workout yang korang boleh ikut.Kalau susah sangat banyakkan berjalan.Berjalan pun boleh bakar kalori.Bagi yang minat kpop tu,korang bolehla menari macam kumpulan-kumpulan fav korang tu.Tak ke gitu?
  • No junk foods.
Tau tak,dalam junk foods tu ada banyak gula,pengawet,MSG,perasa dah macam-macamlah.Benda semua tu tak elok.Walaupun dalam bahasa melayunya makanan ringan tapi ianya tak seringan yang anda sangka ye.Lama-lama kalau korang makan banyak sangat junk foods,jangan terkejut bila timbang berat badan.Benda ni terjadi masa aku duduk asrama.Hari-hari aku makan biskut coklat tau.Dua keping je pun.End up pipi aku membesar dengan jayanya

Yang penting kita kena bersabar dan istiqamah.Jangan cepat mengalah tau.Also good luck.


This entry was updated and re-edited
by le'author on 5 Dec 2018


Comments

  1. perkongsian yang menarik. ramai yang ambil mudah terutamanya mengenai kepentingan bersarapan ni. kalau nak langsing, syaratnya kena sarapan.

    ReplyDelete

Post a Comment