Thursday, 10 May 2018

First Experience Interview TESL


Assalamualaikum warga bumi sekalian




Ingat I lagi tak?

Ye as usual,aku memang tak pernah konsisten update blog apatah lagi nak up entry seperti "HELLO 2018" or "HAPPY NEW YEAR" atau yang seangkatan dengannya.

sebab aku kan hambar. hahahahahahahahahaha

Ye seperti yang dimaklumkan pada last entry aku pada tahun 2017 sekarang dah masuk bulan mei 2018,aku secara officialnya dah habis sekolah.

So cem biasalah,budak budak lepasan SPM ni,mohon UPU,IPG,JPA segala tok nenek yang adalah.

Ceritanya aku dapat panngilan temuduga TESL ni sebab pilihan kat UPU aku letak Asasi TESL as my first choice. So,kalau korang nak dapat asasi TESL,nanti pilihan pertama UPU,sila letak TESL as your first choice.

Aku dapat tau dipanggil UPU lepas check kat web UITM. and yessss aku pilih UITM (sebab fees murah,agahahaha,tapi UITM okay jugak kan,actually sama je )

Aku check 15 April lepas group Alumni sekolah aku bagitau kat group whatsapp.

Allhamdullilah,aku dipanggil.Hahahaha,nervous tak nervous lah weii. Aku dah lama tak speaking and tulis essay dalam English .

FYI yang tak tau,interview ni ada dua part.

first,ujian bertulis which is ada soalan objektif and essay. Soalan objective tu based on a passage. Passage dia panjang okay. Berpinar pinar mata aku baca passage yang panjang lebar tu. Aku ulang baca 2 kali. 

Bagi akulah kan,takdelah susah mana,cuma dia agak pening sikit. Tapi still boleh dijawab lagi even adalah dalam 2 atau 3 soalan yang aku confious. Dont worry guys,soalan dia tak susah mana. Lebih kurang 20 soalan. Tajuk passage tu "Digital Divide".

For essay,dia suruh tulis pasal "Benefits Studies Locally" 
(something like that lah.i do not quite remember)
Bahagian essay dia suruh tulis dalam 250 words. Which is okay for me,even ayat entah apa apa jer. Hanya mampu bertawakal jelah.

Duration untuk test tu, an hour only,so you must use your time wisely.
Before I goes to the interview,I do read some blogs about their experience and what kind of topic they got in essay. So mine,I got exactly what some bloggers got too. The point is,rajin rajin baca pasal experience orang lain sebab mungkin korang dapat tajuk sama untuk essay.

Lepas habis test tu,giliran untuk interview pulak. So,ada 2 orang students yang handle kitaorang.Dia akan suruh kitaorang recheck segala photocopied and documents,sijil sijil yang kena bawak.After habis untuk recheck documents,kitaorang tunggu untuk dipanggil interview.

Aku punya turn no 5. Untuk interview,aku nak highlightkan kat korang,cakap sebanyak yang boleh,make yourself comfortable,tanya soalan kat dia. Hipotesisnya, makin banyak cakap,makin kurang soalan merepek.Kurang bercakap,banyak soalan merepek.

Sebab dia nak tengok how you speak,ini student tu yang bagitau kitaorang semua.

Aku pun melangkah masuk dalam bilik interview tu,bagi fail,dengan segala photocopied documents yang dia mintak. Jangan duduk selagi belum disuruh. Masuk bagi salam,kalau Islam,kalau tak,say good morning,afternoon or evening. Show them yang korang orang yang berbudi bahasa.Ha gituewww.

Ada 2 panel,so seorang panel ni ask me, how are you today.

Then i jawablah

"I'm fine even last night i slept late because I watched late night movie,"

This point,second panel asked me what movie did you watched?

"I watched Infinity War, (ye best gila infinity war,rugi ar kalau tak tengok.kakakkaah" at cinema with my siblings and cousin"

he asked me again, rate the movie,and give reasons why

(aku tak ingat aku jawab apa,sorry)

Who Avengers 's superheros you like the most and why?

(aku cakap aku jarang tengok avengers and cuma tengok thor and captain america,pastu dia suruh choice one of them and gave reasons. And you know what? Aku cakap aku suka Iron Man.Hahahaha,how stupid am i,ya Allah,masuk dalam kereta baru aku teringat balik....)

What interesting places that have at your hometown

(i answered,ada tasik,tapi tasik tu bau hanyir,kakakakh and banyak tempat makan yang best,macam kfc...................)

Panel ni dia selak selak aku punya sijil,and dia tanya a few about competitions yang aku pernah masuk

Hhahaha,as usual, why you choose TESL

aku jawab,aku suka bercakap dengan orang asing,boleh tahu culture diorang. and english sebagai international language,aiyooo something like that

Soalan paling last,siapa menteri pendidikan sekarang,

This question,aku predict memang akan ada,tapi masalahnya aku tak ingat nama Dato' Mahadzir tu,
last last aku jawab Dato' Mahadzir Jusoh (time ni aku rasa nak lempang diri sendiri)
sebab Jusoh tu nama bapa Menteri Pendidikan Tinggi. Allahu sis,bertabahla

Lepas tu,aku tanya bila keputusan interview,diorang cakap 15 Mei ni.

Ambil fail,said thank you and have nice day. Gi bilik test tu balik,ambik beg aku,terus berdesup keluar.

Ouh,lupa nak cakap,aku interview kat UITM kampus PASIR GUDANG pada 28 April,Sabtu.
Start pukul 8.30 pagi. Lepas sampai terus check nama kat board,tengok tempat interview kat mana. Ramai gila aku cakap kau,sebab campur budak interview untuk landscape and interior design,kalau tak silaplah.Jadi sila datang awal ye.


Masa tengah duduk duduk tunggu untuk dipanggil interview,aku ternampak seorang budak ni pakai baju kurung sebijik macam aku punya ( -_-)
hahaha,sengal la.

Tapi apa apa pun,goodluck yang dapat interview TESL tu and good luck to myself.
Harap harap aku dapat,aamiin.

okay gaisss

byeeee
ciouuuuu

No comments: