Tuesday, 28 June 2016

Nak Tegur Pun Ada Caranya Juga



Assalamuaikum
Haritu 24 JUN birthday aku,allhamdullilah :D panjang lagi umur haku,

Ye ye,aku nak cerita pasal menegur.
Aku ni kadang kadang pesen yang panas hati bila orang tegur dengan cara yang kurang betul.Niat tu ada nak menegur,tapi tulah cara dia salah...
Pernah kena sekali juga.

Ceritanya begini ye anak anak

Aku adalah seorang kawan yang bernama x .Beliau ni boleh dikatakan care pasal ummah,bukan cam haku ni, :')
Cara dia menegur ni bagi aku kurang betul,kalau korang kena tegur DEPAN KHAYALAK RAMAI DENGAN SUARA YANG KUAT apa yang korang rasa?
Tbh,aku sangatlah sakit hati dan tak terima nasihat tu langsung,sebab cara dia dah memalukan orang.
Kawan aku ni dah banyak kali kena dengan dia,kadang kadang aku ni rasa geram sangat.

Cara dia tegur tu macam aku nyatakan di atas dan lagi satu tegur yang tak berlapik.Cakap straight to the point.Contoh kejadian yang pernah berlaku ialah kat grup kelas aku.

Biasalah classmatekan bual bual biasa.Tapi adalah seorang budak laki baru (act 2 orang bdk baru) dia chatlah kat grup wasap,chat apa benda ntah aku pun tak paham,ayam...ayam pebenda ntah.Pastu kawan aku yang x ni cakap cemni


Korang sedar tak korang chat ni ada maksud lain.bla bla... (aku dah tak ingat dia bebel apa yang penting sentap maknoksss) p/s lelaki perempuan tak boleh berbual kalau takde benda penting,nampak cam simple jer,tapi benda ni menjurus kepada zina.Hati hati ye
Aku dah delete dah msg nya,aku pun sentap gak walau pun tak terlibat.Bila sampai sekolah jer,semua rasa sakit hati dan sentap dengan dia.Tapi diamkan jelah  kang takut tak berkawan entah pape nanti.

Kejadian yang kedua pulak,masa tu tengah buat presentation untuk kelas AdS aku tak ingat tajuk ape.Yang penting tukang present kat depan cakap pasal tengok kpop,anime etc benda benda lagha la senang cakap
Pastu si x ni cakap dengan kawan aku,
"Hah y kau kan tengok anime kan"
Sudahla cakap kekuat,padahal dia sendiri pun tengok anime,katanya dah stop tengok.
Aku yang dengar cerita kawan aku ni pun sakit hatilah juga.Cara dia cakap tu macamlah kawan aku si y  ni tengok anime tah pape.Isyhh..geram pulak aku.Hahaha


Tak salaah nak menegur tapi menegurlah dengan cara yang berhemah,lemah lembut,takde sarkastik,buat lawak lawak sikit ke or benda tak sakitkan hati.Sebab aku rasa orang akan terima teguran kita dengan hati yang terbuka.
Cuba kena tegur dengan cara yang marah marah,korang nak ikut ke?Ok mesti tak nak kan..

oklah gais,chiouuu
ni aku update blog guna laptop kawan aku sebab buat presentation.Hahaha

p/s bulan puasa ni jangan mengumpat ek,bak kata ustaz aku,kalau mengumpat ni baik buka puasa terus,sebab mengumpat tukan ibarat memakan daging saudara sendiri.Ingat tauu...

Friday, 3 June 2016

Holiday at Terengganu and Kelantan

Pantai Batu Burok


Assalamualaikum and konnbawa minna san!

BTW malam tadi aku baru balik dari Kelantan dan Terengganu.Aku kat sana 4 hari.Pergi sana sambil sambil nak tengok sedara kat Terengganu dan mak aku nak beli barang kat Kelantan.Hahaha

28/5/16

Gerak dalam pukul 8.30 pagi dari JB a.k.a dari rumah atok aku.Masa otw ke Trganu,makan dulu rojaak ayam kat Kuantan.Tempat tu aku tak tau kt mana yang penting kat depan stesen minyak dan dekat dengan sungai.Sungai apa? Entah aku pun tak tanya bapak aku.lol.Rojak ayam dia sedap wei,aku makan gelojoh betul :p

Sampai kat rumah mak cik aku dalam pukul 7 malam.Sebab tak banyak singgah tempat.Perjalanan dari Johor ke Trganu ambil masa dalam 12 jam.Memang cram buntut aku.Hahaha.



Disebabkan kitaorang sampai Trganu dalam pukul 6 lebih,so kitaorang pergi BTB (akudahlupanamapenuhdiaapa).Tempat ni feymes and kat Seberang Takir,my father said,tempat ni dekat dengan kawasan airport.

Masa family aku pergi,memang tempat tu sesak gila and ramai.Aku dok perhati jer orang orang ni beli keropok keping banyak banyak.Hahaha,sampai satu kotak pun ada.Tapi family aku just makan jer,tak beli pun sebab mak aku kata tu bukan keropok yang dia nak.Eh,bukan semua keropok keping rasa dia sama je ke?-__-.Hanya mak mak kita jer tau.lol

Keropok losong dia ada berperisa tau.Bapak aku beli yang cheese,regular and blackpepper.Rasa dia not bad la.Sedap pun sedap,kenyang pun kenyang.Hahaha.Harga dengan air rm 20+ means affordable la.Sampai rumah mak cik aku dalam pukul 7 malam.

29/5/16

Pagi tu ingatkan nak bawak sedara sedara aku pi jalan jalan.Act,suami kepada mak cik aku tu,adiknya bapak aku.Tapi dah meninggal sebab kanser hati.

Please sedekahkan al-Fatihah kepada arwah pak cik aku,Jamaluddin bin Mohamad semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan kedalam syurgaNya dan dimudahkan azab siksa kubur,al-Fatihah...


Aamiin.Terima kasih kepada yang sedekahkan al-fatihah. :)


Tapi disebabkan makcik aku nak pi hospital and sedara aku ada kelas tambahan so kitaorang pi jalan jalan masa petang.Sebelum pi pantai kitaorang singgah giant dulu.Sahjew jejalan.Aku dengan sedara aku yang perempuan tu main arked,game kereta,but guess what aku kalah kepada budak darjah 6.Malu sungguh oi,rasa nak hentak kepala kat stereng.

Lepas main game kereta,pergi karaoke pulak.Hahaha,aku nyanyi tak sedap langsung.-_-


Dalam pukul 5,kitaorang gerak pi Batu Burok Beach.




 Thats my cousin,all of them are taller than me.sobsob. bilalah aku nak tinggi wei.



Syurgaku yang sudi bawak anak beranak berjalan.Love them so much <3


Cik muda punya blog.Miahahaha.acah acah model tengah shooting tepi pantai.lol
Pliss jangan kecam.


Yang ni sedar aku yang aku kalah main game kereta dengan dia.Hahaha
Kitaorang balik malam,sebelum balik ada pergi jejalan kat bandar sat.

30/5/16

Pagi pukul 8 lebih dari Trganu gerak pi Kelantan.Sampai dalam pukul 12 lebih dan nak cari hotel.First first tak dapat cari hotel tapi allhamdullilah dapat.
So kitaorang tidur dekat hotel ni.

Bapak aku sewa bilik apartment,satu malam Rm 200+
Aparmentya ada 2 bilik,2 toilet,mini kitchen and TV.Wifi kat lobi je ada.sobsob.TV dia pulak dapat siaran thailand hahaha.

Tapi kitaorang tak masuk terus sebab still ada orang lagi,so pergilah kat Pengkalan Kubor (akuejabetulketakni?)



Kat sini yang murahnya pinggan mangkuk dan coklat.Since kawasan bebas cukai so harganya memang murahlah.
Mak aku pening tengok banyak mangkuk yang murah dan cecantik.Kalau pi sini tak yah beli baju sebab harga dia mahal.Nak beli kat Wakaf Che Yeh.
Tugas lelaki kt sini hanyalah tukang angkut barang dan kena bersabar.Miaahahaha.




Pantai Sri Tujuh.Tempat cantik tapi sayangnya banyak sampah. Sedih aku tengok.


Malamnya terus pi Wakaf Che Yeh nak beli baju.Since hotel aku dekat dengan tempat tu,so kitaorang jalan kaki ja.Rambang mata aku tengok,semua nak beli.


Sebelum memulakan aktiviti shooping,perut haruslah diisi dulu supaya ada tenaga nak tawar menawar,lol

31/5/16

Pagi pagi terus breakfast kat hotel dan bersiap untuk check out hotel.



Kena gerak pepagi sebab susah nak cari parking kat Pasar Besar Siti Khadijah.Kat sini banyak kain pasang yang cecntik dan harga murah gila.Sriyes aku cakap.



Hrga asikrim ni rm3 dan puas makan.Boleh beli kat sebelah surau dan tepi dia ada parkson.


Nak balik Trganu tetiba nampak qu puteh qu puteh barulah putih.lolJakun jap nampak Dr Vida.

1/6/16

Malam tu tidur kat rumah mak cik aku Trganuu dan terus balik esok pagi.
Sampai rumah dalam pukul 9 malam.

Ok gaisss
chiaooouu