Saturday, 16 May 2015

Tudung Labuh

"Dilabel Ustazah"
.
'Pakai tudung labuh, cakap pasal lelaki'
'Pakai tudung labuh, cakap pasal cinta'
'Pakai tudung labuh, gelak masih terabur'
'Pakai tudung labuh, suara masih lantang'
.
Pada zaman ini, masalah inilah yang dihadapi bagi setiap muslimah yang ingin berubah. Pakai tudung labuh sikit, label 'Ustazah'.
Allahuakbar.
.
Adakah mereka tidak tahu bahawa memakai tudung labuh dan stokin itu suruhan. Terang-terang dalam Al-Quran mengatakan seluruh tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan tapak tangan. Dan ada juga dalam Al-Quran menyeru agar para muslimah melabuhkan tudung.
.
Mereka tidak memahami konsep penghijrahan kerana mereka tidak berada dalam kasut kita. Perit derita yang kita tanggung, bukan mereka tahu. Mereka seoalah-olah menganggap kita, apabila sudah bertudung labuh, maksudnya harus sempurna.
.
Dalam dunia tiada yang sempurna. Mereka tak faham lagi ke?
.
Ada juga, kawannya sudah bertudung labuh, terus-menerus ditanya tentang agama. Lagi-lagi yang menanyakan tentang halal dan haram. Tidak mengapa mereka bertanya. Tetapi cara mereka bertanya seolah-olah menganggap orang yang sudah bertudung labuh itu sudah ada pelbagai ilmu.
.
Apa manusia kata, pedulikan. Yang penting, tujuan kita iaitu hendak mencari keredhaan Allah.


c/p






4 comments:

syasandeul said...

yap betul. first time saya nak pakai stokin pun takut sbb pakaian saya jenis bukanlah jubah all time (means saya pakai track dan shirt je) + stokin and judgemental person will never stop judging ;-;

Khairina Aida said...

@syasandeul
Saya pun macam tu juga.Labuh tudung saya bukanlah bidang 60,saya rasa bidang 55/50 pun dah dikata ustazah.Geram + sedih jugalah.Tapi itu biasalah,manusia suka judgemental

Afiqah said...

:D semoga apa yang kita lakukan Allah redha :D

Khairina Aida said...

@Afiqah Aamiin