Sunday, 3 May 2015

Fesyen Muslimah Yang Entah Hape Hape...




Kaifa haluki/haluka? Allhamdullilah ana bil khair.Hehehe,hari ni aku sajer sajer je,nak post entry ni.Aku rasa melalui post nilah aku nak tegur siket gadis gadis yang jamilah di luar sana tu.Ni pon sebab aku terbaca satu message from wasap mengenai fesyen JILBOOBS 
Ehh,nama dia dah macam....ishh geli engko tau??!!

Hahh,fesyen yang peliks camni lah aku suka dok perati dekat instagram dan kat mana mana jelah.
Antaranya ialah... jeng jeng... *drumrolls*


1.Hipster.

Ahahaha,engko taukan fesyen hipster tu macam mana.Aku tak nak letak gambar,sebab nanti mengaibkan anak siapa ntah tukan.Engko perempuan imagine lah sendiri k.

Tudung singkat + baju ketat n singkat + skinny jeans.

Emm mm,biasa sangatlah kan aku tengok kat insta budak budak retis macamni,yang followers lebih 100k.
Ehh nanti ada pulak orang cakap.

"Eleh jeles lettuw" buat muka sambil baca entry aku ni.
Oh puhliss la eh,aku memang tk ada masa nak jeleskan benda semua ni.Belum lagi dengan make up 100 inci tu.

2.Pakai tudung tapi nampak rambut sejemput.

Ha,ni pesen apa plak.Kat rumah takde serkup kepala ke?Pakai tudung tpi nampak  rambut.Kalau engkorang perasan lah ek,kalaulah...nampak tak budak budak hipster ni (hipsterian tak buat jangan marah) post gambar nmpak rambut sejemput??

Then,aku nak tanya doe apa function ek?

"Eleh,lelaki bukan nampak pun.."

Eh itu cakap kau,lelaki,kau tau ke mata diorang macam mana? bukan setakat 2D tapi 6D kau tau??Dia boleh imagine apa yang kat dalam kita ni.Astagfirullah,bahaya weii.

3.Tak pakai stokin.

Ha,ni pun sama gak.Kaki tu pun aurat jugak sayangs sekalian.Takpe,kalau tak biasa cuba perlahan lahan,insyaallah boleh k.

4.Skinny jeans

Pesen ni pun berlambak.Dah kenapa nak pakai seluar tu?Nak tunjuk kat umum bahawa kaki ko ni panjang,kuruih?Buang karan jelah wei,ni belum lagi seluar melekat kat punggung.Sedap jelah kau pakai sampai tak perasan ada mata mata nakai,maksiat tengok.

Nak pakai pun boleh seluar jeans tu,Tapi kan elok kalau cari yang longgar sikit ke apa.Skirt labuh pun cantik apa.Manis lagi.

5.Tudung pendek.

Yang pun sama jugak.

Kenapa perlu pakai tudung pendek ek? Sebab panas ke? Kalau pakai tudung labuh sikit dah tak cantik,gojes? Baru panas kat dunia k. Ayat ni memang nampak cam aku ni bajet alim...tapi ini hakikat yang sebenarnya.
Habis tu kau tak fikir ke akak akak yang pakai purdah pe semua tu?Boleh je pakai. Belum lagi yang pakai semua hitam tu.Kau tak rasa ke diorang tu lagi panas dari diorang.
How about yang pakai burqa.


Atas sampai bawah totally covered 100%.Depa lagi panaih.Sampai tak nampak mata lagi.Kau mampu.Belum lagi yang negara panaih gila nak mampoih tu.

"Alah depa dah biasa bolehla.Kita yang biasa biasa ni mana mampu"

Alah bisa tegal biasa
Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Aku dulu pun sama gak,pakai tudung pendek...Tapi aku cuba sikit sikit,lama lama dah biasa.Dan pesanan aku JANGAN CUBA MENGHINA YANG PAKAI TUDUNG LABUH,PURDAH DAN SEBAGAINYA.

Ini jenis manusia yang macam.... ishhh. Sakit hati,bila aku dengar ada orang cakap macam pakai telekungla,kelambu bergerakla.Walaupun tak pernah kena,tapi bila orang lain kena sakit hati tau.

Dengan kelambu bergerak diorang tulah tiket masuk syurga.Jangan menghina dan memberi gelaran yang tak baik.

6.Baju pendek dan ketat.

Kat Malaysia ni aku rasa kain murah lagi,berlambak.Sebab Jakel kan suka buat sale,siap tanggung GST lagi.kekeke tetiba mempromot sat.Yelah dah kenapa nak pakai baju singkat lagi pendek.

Online shop banyak kan.Jadi pergilah beli satu sana.Tak manis orang tengok bodyshape awak yang cantik tu.Simpan untuk orang yang sepatutnya k.

7.Lengan

Lengan tu pun AURAT gak.Kalau hang ni memang ganas sangat,apa kata cuba pakai handsock.Kan comel.Maruah pun terpelihara kan...

8.Bertabarujj/Berlebih lebihan

Make up k.Siapa kata perempuan tak suka make up.Honestly aku suka aku pun pakai gak.Tapi perlu ke sampai berlebih lebihan?Tak perlu ok. Biasa biasa dahlah.Takyah lah sampai fake sangatt....

Baju pun sama,amboi lip lap sana sini.Daebakk.Tapi takyahlah..menarik perhatian lelaki sajer.

9.Minyak wangi sebotol

Kadang kadang kat sekolah aku lalu sebelah budak perempuan.pergh pakai minyak wangi sebotol ke kak? Bau dia...menusuk ke lubang hidung tau...
Budak lelaki pun sama.kalau wangi takpelah gak.Ni bau...masyaallah kuatnya.
menarik perhatian lah awak ni.Nak pakai pun boleh tapi cuma untuk hilangkan bau badan sudahlah bukan menarik perhatian..

10.Selfie over

Uhuks,kenapa perlu selfie yang over ek?Maksud aku buat duckface diiringi dengan pipi kembung.Ehh plizz la...toksahlah buat muka alien.Buat muka normal pun masih cantik jugak kan.Itu belum lagi edit sampai tak nampak batang hidung.Make up sampai sepuluh inci macam akak penampakan pocong tu. *maaf*

Tak perlu,,kalau suka selfie,buat lah tatapan sendiri,Takyahlah upload,,,,


Kesimpulannya...kita sebagai perempuan perlu menutup aurat dengan sempuna agar terhindar daripada mata mata yang durjana yang asyik dok scan kita.
Hati hati ye sayang.Nampak cam remeh,tapi benda remeh camnilah yang boleh bawak kita ke neraka.nauzubillah min zalik...

MAAFKAN SAYA JIKA TERKASAR BAHASA,TERSENTAP DAN TER APA APA JELAH.

Moga kia semua berubah menjadi wanita solehah.



Aku tak alim,cuma aku mahu tegur saja sebab aku pun banyak buat silap.Kita bukan maksum macam Nabi kita. :)

Jadi...perbaikilah diri kita,istiqomah.buat pelan pelan.

Nak buat jahat memang senang,nak buat baik tu memang susah.Kalau nak berubah,jangan peduli dengan orang sekeliling kita.

Tempuhi perjalanan hijrah kita dengan yakin lagi bergaya....(gurau)
hehehe.
Oklah byeee




No comments: