Saturday, 27 September 2014

Solehah?


Assalamualaikum.
Hari ni aku nak kongsikan satu cerita.Kisah benar ye.Aku harap kita semua dapat hidayah daripadaNya.Apa apa pun nak credit dekat Perindu Syahid.Syukran ya akhi. :)

__________________________





Dengan gambar sekali aku rembat.Hehew.





"Solehah? Layakkah?"

Aku seorang Niqabis. Yea, memakai pakaian para isteri Rasulullah ini membuatkan diri aku rasa disanjungi. Twitter, facebook dan instagram merupakan tempat aku menjadi solehah. Setiap kali aku memakai pakaian ini, aku akan mengambil sekurang kurangnya satu gambar untuk dimuat naik ke laman-laman sosial yang aku sebutkan tadi. Yang paling 'lejen' sekali dekat instagram. Setiap hari, boleh dikatakan satu gambar aku upload. Ya, niat aku untuk meraih pujian.

"Subhanallah, moga istiqomah.."'

"Semoga menjadi wanita yang solehah yaa.."

"Cantiknya ciptaan Tuhan.." 

Komen komen sebegini daripada umum membutkan aku ingin memuat naik lebih banyak gambar aku yang berniqab. Aku suka dipuji. Lumrah wanita inginkan perhatian. Semakin hari, semakin ramai followers aku. Daripada 10, jadi 100. Daripada 100, jadi seribu. Dan sekarang, lebih kurang 30,000 yang follow aku. Yeah. Dengan menggunakan title solehah, aku dapat pujian. Dengan title Solehah, aku dapat raih followers. Aku rasa bangga. Rasa diri mulia. Tapi sebenarnya, disebalik niqab yang aku pakai, hubungan aku dengan Tuhan sangat renggang. Solat 5 waktu tunggang langgang, Qiamullail lagilah jarang. Yang membuatkan diri aku mulia cumalah secebis kain hitam jarang, yang sentiasa menutup separuh wajahku supaya gelaran Solehah dapatku julang.

Benar. Aku tahu yang aku buat ini salah. Aku pernah nekad nak berubah, tapi payah. Aku rasa bahagia hidup sebegini. Di puji rakan sendiri, direbut ajnabi. Aku rasa seolah olah aku bidadari. Dengan gambar aku yang berniqab dengan caption ala ala Islamik, aku dah rasa aku solehah. Tapi sebenarnya, aku cuma menipu. Menipu diri sendiri, menipu semua orang. Yang lebih teruk, aku munafik kepada Tuhan!

Di Twitter, dengan username aku yang ala ala Islamik dan twitcon aku yang berniqab membuatkan ramai para soleh follow aku. Aku suka macamni. Aku rasa disayangi, disanjung. Rasa semua sayang aku. Tapi aku lupa, Aku hilang kasih sayang daripada Allah!

Satu hari, seorang si fulan ni (lelaki) yang lengkap berpakaian Sunnah, follow aku. Kacak! Aku suka. Aku DM dia. Lebih kurang begini perbualan kami;

"Assalamu'alaikum akhi. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf?"

"Wa'alaikumussalam ukhti. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf? enti dulu la. Ladies first kan?"

Bermula dengan conversation yang pendek itu, sekarang aku milik dia, dan dia milik aku. Nikah? confirmlah tidak. Kami couple Islamik. Katanya boleh, dengan tujuan nak bernikah. Tapi waktu ni, umur aku baru menjangkau 16 tahun. Aku tahu, banyak lagi yang perlu aku lalui, tapi entah. Aku sayang dia. Dengan gaya dia yang ala ala Soleh, berjubah berserban ber rida' bagai, aku jatuh cinta.

Dia minta number telefon aku. Sepantas kilat, aku bagi. Malam tu, lepas online twitter, dalam pukul 10.15, ada mesej masuk. Number yang aku tak kenal, tapi aku dapat agak siapa pengirimnya.

"Assalamu'alaikum Cinta."

Tersenyum sampai ketelinga selepas aku membuka isi mesej itu. Start malam itu, kami mula mesej. Pada mulanya, cuma mesej. Lama selepas itu, bermulalah sesi OTP (on the phone) pulak. Paling sekejap OTP pun boleh dikatakan 2 jam. Tak pernah yang sekejap. Waktu tu, memang dah lupa Allah. Lupa segala galanya. Yang ada, cuma dia.

Sampai satu malam.. aku tertidur. Mimpi yang aneh, aku dapat. Mungkin teguran daripada Allah, ataupun cuma mimpi biasa. Aku tak pasti. Aku lihat dalam mimpi tu, ada sebuah taman dan tasik yang Subhanallah, terlalu indah! Ada pepohon hijau yang rendang, tasik yang jernih, binatang yang jinak, rama rama dan sebagainya. Di satu sudut, aku terlihat seorang wanita. Berjubah putih dan bertudung labuh putih sedang berdiri di tepi sebatang pokok. Dia kelihatan ceria. Sangat ceria. Ada nur di wajahnya. Aku dekati dia, Dekat dan dekat. Dia perasan kehadiran aku. Manis senyumannya dilemparkan ke arah aku. Aku rasa bahagia, tenang melihat senyumannya.

Tiba tiba, senyumannya kian pudar. Mukanya nampak takut. Aku tak pasti, dia takut ataupun sedih. Tapi mukanya memang menunjukkan sesuatu yang membuatkannya kurang senang. Aku hairan. Dia terduduk. Tiba tiba, air matanya jatuh. Aku dekati dia, memegang bahunya. Ditepis kuat tangan aku. Aku jadi semakin tidak faham. Apa salah aku?

"Kenapa awak menangis?"

"Pergi! Jangan dekat dengan saya!"

"Tapi kenapa?"

"Busuk..... busuk!!"

Aku tak berapa faham dengan apa yang dia sampaikan. Yang aku tahu, wajahnya sedih bila lihat aku dekat dekat.

Terjaga dari tidur, tubuh aku berpeluh. Aku lihat ada mesej. Hm, dah agak. Daripada 'dia'. 

"Sayang, bangun Tahajjud."

Aku biarkan mesej itu. Aku lihat jam, lebih kurang pukul 2.30 pagi. Aku cuba tidur semula, tapi tak boleh. Mimpi tu tak hilang daripada ingatan aku. Waktu itu, bermacam macam yang aku ingat. Kata kata gadis dalam mimpi aku tadi, sangat terkesan. Dia kata aku busuk. Tapi kenapa?

"Perangai aku busuk?"
"Badan aku busuk?"
"Sifat munafik itu busuk?"

Bermacam macam yang aku ingat. Sunggguh, waktu itu. Aku rasa, akulah yang paling hina. Akulah sehina hina manusia. Munafik!

Pantas. Aku menuju ke bilik air. Air wudhuk ku ambil. Menitis air mata aku waktu itu. Rasanya dah lebih sebulan aku tak berwudhuk. Allah.. Sejadah yang terlipat rapi dalam almari kucari, aku hampar. Sekali lagi, air mata deras jatuh. Allah, kiblat dekat rumah aku ni arah mana? Aku keluar daripada bilik, aku lihat hamparan sejadah di ruangan solat rumah aku, baru aku ingat arah kiblat.

Sejadah aku hampar. Solat taubat dan solat sunat tasbih yang pertama buat diri aku. Sungguh, kali ini baru sebenar benar solat. Juga buat pertama kalinya sebenar benar taubat. Sujud aku lama. Dalam hati, aku berdoa,

"Ya Allah, mudahkanlah penghijrahan aku. Ampunkan dosaku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lalai dan hina."

Selesai solat, aku beristighfar sehingga Subuh. Masuk waktu subuh, terus aku tunaikan kewajipan aku. Seingat aku, inilah subuhku yang pertama buat sekian lamanya. Selalunya, aku akan jaga pukul 12 ke atas kalau hari cuti. Yalah, pada malamnya sibuk berdakwah. Paginya subuh gajah.

Laptop aku gapai. Dah teguhkan niat, semua account media sosial perlu aku delete.

Selesai deacctive kesemuanya, aku rasa bahagia. Rasa bebas. Rasa CintaNya mengalir dalam diri aku.

"Bip bip!"

Bunyi menandakan mesej masuk. Daripada dia.

"Sayang, kenapa tak reply mesej?"

"Sayang awak dah takda. Dia dah mati. Dah kembali kepada Allah. Awak bila lagi? Bertaubatlah. Ajal itu bila bila."

Start daripada itu, dia tak mesej aku dah. Atau lebih tepat, aku block number dia. Mungkin dia juga dah berhijrah. Atau mungkin dah dapat mangsa baru. Aku nak pesan, berjaga jagalah. Aku rasa sekarang dia masih ada lagi dekat twitter tu. Dengan mempamerkan akhlak semulia malaikat, dia mampu membuat solehah terpikat. Selepas dah terpikat, mulalah dia mengorat.

Aku? Alhamdulillah. Sedang mengejar redha Allah.

Pesanan aku yang hina ini kepada semua Muslimah solehah;

Apa tujuan kita tutup aurat? Pakai tudung labuh? Niqab, purdah tu semua? Ya. Sebab sifat malu kita. Malu ditatap ajnabi, malu dilihat ajnabi. Malu bila tubuh badan kita dijamah mata nakal sang buaya. Kalau dah selalu upload dekat media sosial, agak agak macamana? Mata lelaki ni boleh tembus. Tak kiralah purdah ka macamana, dah jenis mata miang, semua tembus. Kejarlah redha Pencipta. Nak kejar cinta yang sia sia? Boleh. Tapi rugi serugi ruginya. Allah dah tetapkan jodoh. Jadi muslimah, biar tak cantik, janji bermaruah.

- Kisah Benar,
Seorang Niqabis hina.



___________________

Kita kena ingat nak pakai niqab,purdah kena ikhlas kerana ALLAH.Bukan kerana pujian manusia.Ya zaman sekarang memang ramai berpurdah,niqab pakai jubah,tutup aurat dengan sempurna.Tapi kita susah nak cari yang pemalu.Yelah ramai berniqab tapi masih tunjuk dekat orang lain.Snap sana snap sini.Masuk fb,ig,tw dan sebagainya.

Aku pun bukannya baik sangat.Dulu rajin upload gambar.Tapi aku nekad delete balik semua gambar tu.Aku upload gambar aku pakai purdah,biar tak nampak muka.Tapi aku tersedar buat apa aku nak tunjukkan dekat dunia ni.

Korang kena ingat mata lelaki ni macam x ray.Nak cakap lebih pun malas,hahaha.

Tapi aku nasihat delete semua gambar.Aku rasa aku nak delete FB aku.

Syukran korang.Bye.

*Bukan berpura pura baik tapi cuba menjadi baik. :D *

Monday, 15 September 2014

Be Different

I like to be a different


Assalamualaikum to all awesome bloggers and readers.


Sihat semua?
Aku?
Sentiasa sihat.
Allhamdullilah.
Ni hari ni nak habaq mai lah aku ni macam.MACAM pelik sikit.Sikit jelah tak banyak pon.Hehehe

Aku suka jadi lain drpd kawan kawan aku.Entalh,aku rasa be different ni best.Sebab bila ko lain sikit boleh berlagak dgn kawan sendiri.Uhuk uhuk...amboi riak k,riak tak baik gila,

Nak cakap aku nii lain dan pelik aku pun tak tau apa.
Tapi ada sesetengah orang tak suka bila buat perkara yang luarbiasa atau lain.
Well,,,,entalah mungkin dia rasa tak nak jadi pelik drpd orang lain.Mana tau kanzzz..

Sebenarnya kalau korang nak tau,kalau nak taulah,kalau aku ni jenis orang tak kisah.Tak peduli apa orang kata.Sebab aku yakin dengan diri sendiri.kui kui.

Bagi akulah kita tak perlu terlampau ikut cakap orang sangat.Kita ada opinion right?
Aku sangat yakin dengan sesuatu perkara yang aku buat.Dan aku tak kisah apa orang lain cakap.

Contohnya~

Ok aku ngaku aku tak de contoh.Blurghh hambar sungguh.


Hahaha.Aku memang jenis tak kisah.Orang kutuk ke perli ke kisah pulak aku,Lepastu aku jeling mereka mereka or balas balik dalam nada sarkastik.Fuhhhh....

Selagi dia lawan cakap aku selagi tu aku asyik bidas .Dalam hidup aku tiada istilah tak cuba tak tau lagi.Okey.

Hermm tak taulah nak cakap apa lagi.
Kalau bab bab tulis beloggg ni memang fail.Korang kalau baca pun mesti cakap.
"Ntah pape jelah dak ni,merepek"
Argh kisah plak aku kanzz,,,Aku ada hak.
Ko kutuk lah aku aku tetp akan buat
cheeehhhhh.

Oklah nak blah.
Chiou.

p/s aku rasa entry aku ni banyak gila ayat riak.
Mohon maaf ye.Takkan nak padam balik.Ponat lah aku tulis.
Maka aku post saja.

*Al fatihah kepada diri sendiri yang riak bagai nak gila*






Sunday, 14 September 2014

Cuti!Yeay, tapii......

Holiday


Assalamualaikum to all awesome bloggers and readers.

Ehem...ehem.Ni nak habaq mai ni,skang ni tengah holiday.Mesti semua seronokzzz kanzz?Ni mesti sebok,kepochi ngan mak bapak supaya pergi jejalan.Cuti cuti Malaysia.Malaysia truly Asia*suara berbisik*.Hehew.Hamboi kemain seronok ye kome semua.

Dapek bercuti sakan selama seminggu ni ye.Tapi eden memang takleh kanzz.Selama cuti seminggu ni eden duduk dalam bilik dediam,duduk bersimpuh bagaikan ank dara sejati sambil menunggu orang meminang.Strettttttttttttttt.

Meminanglah sangat.Padahal ada kerja sekolah bertingkek tigkek bak ang.Ang tau dak?Ang tak tau meh sini eden jerit kat telinga kome semua.Diulangi dengan caps lock, KERJA SEKOLAH!
Ye kerja sekolah,itulah aktiviti paling berilmiah sekali pada cuti ini.

Ceh padahal aku cuti 3 hri,cikgu bagi omwork bagaikan aku bercuti selama sebulan.Ehh tipikal ke apa ni?Aku pelik gila ok.

Yelah  kata sekolah kluster kecemerlangan.Klusterlah sangat.Aku tak hadap semua tu kalau semua kenaa obey dengan rule.And i'am hate rule,protokol and so on.

Hermmm,petang tadi buat omwork mcam orng gila.Menyanyi nyanyi macam orang sewel.Kalau suara aku sedap takpelah juga ni tak nyaring gila.Korang dengar nanti pekak pulok.Buuu!Khai tipu,sembang deras.K stop it.

Nampak gayanya cuti ni aku tak pergi bercuti.Sob sob....Lagipun kkak kesayangan aku berada di Terengganu.Kesian beliau nanti,jeles kang.Bahaaha.Tunggulh beliau balik raya haji nanti.

So korang ni cuti pergi mana?Habaq kat cheq sikit ni nohhh...Nanti belikanlah cheq ni ole ole sikit.Hehehe

Lepas tulis entry ni nak terus tidur.Klah kome semua.
Ede nak tidoq dulu,
Chiaoooo

*Esok petang buat omwork yang menimbum macam gunung everest
sob sob...



Monday, 8 September 2014

Liebster Award


Assalamualaikum to all readers and awesome bloggers!


Cengini ke ngupenya?
Plz tell me.

So hari ni orang nak cerita sikit pasal Liebster Award.Masa balik sekolah tadi,lepas makan terus bukak blog.Then masa check cbox,i got one msg from Hana,dia cakap dia tag Khai!
Thanks Kak Hana.Luv you. ^_^

Pernahlah dengar pasal Liebster Award ni.Tapi tak tau psl lebih lagi.Tapi Kak Hana kata dalam entry dia,Liebster Award ni

The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller follwers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

Ya nampaknya aku memang sesuai dengan kategori ni.Miahaha.
So let's start.Yihaaa!Tapi aku jawab dalam BM lah ye.Kalau BI aku failed sikit.Hahaha

1.What is your ideal weather living in Malaysia? Why?
> Musim panas.Sebab musim panaslh paling sesuai,boleh mandi pantai,main lelayang and so on.But aku tak suka cuaca panas terik.

2. What is your favourite ice cream?
>Aiskrim chocolate.Yeah!That's my fav.

3. Perfect pet for you? Cat? Fish? Bird? Other?
>Cat.Sebab senang nak jaga.Hihi.Kalau ikan,memang lecehlah kan nak tukar dia punya air tiap tiap bulan.-_-''

4. What is your ambition when you are 12years old?
>Doctor.Dari kecik sampai besar doctor.Tapi masa darjah 1,6 tahun jadi pramugari.Kekeke.

5. You like egg white or egg yolk?
>Both.Main sebat jelah.Tapi makan pun ikut mood.Hahaha,kalau bab makan memang cerewet.lulz

6. What is your hobby other than blogging?
>Reading!Suka baca novel.Sbb novel tulah aku suke berangan.Huhu.

7. Perfer wash off mask or peel off mask?
>Tak pernah pakai mask.Haha.siriyes hokey.

8. Favourite local fruit is?
>Rambutan.Tapi tak delah addict sangat.

9. Cake person or cookies person?
>Ok,ni tak paham.-_-'' *plz don't gelak.Aku failed BI kot.

10. What brand of laptop you are using now?
>*belek laptop kejap*.Acer.

11. What do you think of my blog?
>Simple but nice.And pink too.Banyak entry menarik and berguna.
I give u 9/10.Hehew.

So saya da habis jawab soklan soklan Kak Hana.

So ini adalah para bloggers yang saya tag.
Jadi korang kena jawab soalan soalan cepumas ni tau!
  1. Haiwan/serangga apa yang paling dibenci n why?
  2. Bila tak ada kerja,biasanya buat apa selain update blog.
  3. Macam mana boleh terjebak dalam dunia blogging n bila start blogging.
  4. Tempat paling yang ingin pergi.
  5. Kenangan yang paling bengap sekali dalam hidup korang.
  6. Korang tangan kidal ke tangan kanan.
  7. Hobi selain berblogging.
  8. Pendapat korang tentang blog sendiri.
  9. Cerita kartun yang paling korang suka dari kecik hingga sekarang.
  10. Suka baca novel tak?.Hehew.
  11. Pendapat korang tentang blog ni.
Wajib okey.
Then nanti tag 11 orang yang lain pulak yang korang rasa blog diorg tu berpontensi dan followers under 500.

Ok,chiao bebeh.

P/s pasal segmen Klik Klik and Blog Url tu,aku dah batalkan sebab tak dapat sambutan.
sob...sob...
:'(



Wednesday, 3 September 2014

Cerita cerita



Assalamualaikum ppl!
So we meet again yah.So pada malam maghrib begini sempat lagi ku mengupdate blog.Padahal aku belum mandi kot sejak balik dari 1M1S kat sekolah.Bahahaha.Emmm hari ni sajer sajer nak hadep blog padahal seminggu sekali ko buat entry baru.Baguz ko jah...Yelah aku hadep pun sebab aku asyik update pasal  tuto tuto tuto n tuto again.Aku pun naik bosan.Padahal kowang bukannya nak baca blog picisan sebegini kanz...


Pada ketika ini aku sedang mendengar laagu  Clarity  [Zeed].Lagu yang lagha lagha.Dah kalau insannya yang bernama Khairina memang tak lekat dengar lagu kerohanian.Sebenarnya aku pun tak tau nak tulis apa ni.Idea tak datang mencurah seperti hujan lebat yang mencurah curah pada petang tadi.

Sekarang ni aku sedang dalm proses nak menulis novel balik.Ceh...podah...*melayangkan tangan ke udara
Padahal novel lama ko tu dah separuh jalan habiskan pun.Hampeh....Kalau rajin aku hadeplah dalam blog aku ni.

Arghh..sebenarnya aku nk tulis apa nie??
Udah udahlah aku memang tak de cerita nk dikongsikn kat korang semuaa.Hidup aku hambar ok.Sangat hambar...huhu.Well rutin harian aku ialh menjadi dugong di atas katil.Berbaring baring tergolek di sana sini bagaikan orang yang tiada kerja ya!.Padahal kerja ghumah berlmbak kot.Dan sudahnya aku boleh buat revision pasal math yang macam cibbai sungguh much tu!!!!

Aku ni hambar sungguh dalam math .Hari ni pecah rekod sebab boleh habiskan kerja rumah math yang berlambak gila,walaupun tinggal 1 soklan yg aku tk buat,tapi ini bagaikan keajaiban bagi insan yang pemalas serta anti kepada math.Dan aku pula terfikir fikir kenapalah ada math kat atas muka bumi ni.Why!!!!

ok sampai sini jelah.Aku pun tak tau apa yang aku sampaikan dlm entry aku ni.Cukuplah kan buat modal cerita dan ngarut buat kowang semua.Hahaha
ok bye,
p/s korang kliklah kat tabung tu.mih mih mih mih mih mih mih mih mih mih mih mih mih.
Pergh motip syiak tulis mih banyak banyak.