Tuesday, 24 December 2013

Cabaran dan Dugaan

Selasa
24 Dec 2013


Hai korang!Petang ni rasa macam nak buat entrylah.Hari ni dah siap dah beli buku dekat sekolah tadi.Huh nasib baik tak ramai sangat orang.Berbalik kepada topik yang aku nak bincangkan tadi ialah cabaran dan dugaan.Ok.Ramai orang yang mendapat pelbagai dugaan.Tapi tak ramai yang mampu bertahan.Allah bagi dugaan kepada kita ada sebab.Bukan sebab Allah tak sayang kita dan benci kita.Tapi sebenarnya Allah sayang kita sebab tu Dia memberi kita dugaan.






Perhatikan lirik lagu Lebih Indah by Dato Siti

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah
Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut – laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya
See....Cabaran dan dugaan membuat hidup lebih indah.That's right men.Dugaan akan membuat hidup kita lebih indah.Bukan Allah tak sayang kita.Allah akan memberi setiap insan ujian.Dan ujian itu kita mampu untuk tempuhi.Allah tak akan memberi ujian yang hambaNya tidak mampu tempuhi.Kalau kita bersabar kita akan mendapat pahala.

Sabar itu sebahagian daripada iman.
Ok.Kalau kita nak berjaya mesti kita akan lalui pelbagai dugaan.Contohnya nak berniga.Dalam kita berniaga tu kekadang kita rugi, untung dan sebagainya.Tapi lama lama kita dah biasa dan dah ada solve problem.Dan melalui dugaan itu juga kita berjaya.Adatlah dalam kehidupan kita memang ada cabaran untuk mematangkan diri kita.Ingatlah dugaan itu indah.Dan besar ganjarannya jika kita bersabar dalam menepuh ujian Allah.

Usaha tanggga kejayaan.




No comments: